|
Written by Muhammad Razimie Shamshuddin
|
|
Saturday, 08 November 2008 |
 (sumber: http://www.businessplangold.com)Mari kita bermula dari asas. Saya percaya anda pernah mendengar ungkapan bahawa terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan melalui internet dan saya bersetuju dengan pendapat tersebut. Walau apapun perniagaan yang ingin anda ceburi di internet, memiliki website anda sendiri merupakan suatu keperluan di mana ia berfungsi sebagai “tapak” bagi perniagaan anda. Saya akan cuba menghuraikan tentang konsep website kepada anda dalam bentuk yang mudah difahami. Memiliki website sendiri tidaklah sesukar yang disangkakan dan ramai pengguna internet kini memiliki website mereka sendiri. Saya tahu ada antara anda kini sedang berkobar-kobar ingin menghasilkan website pertama anda. Namun begitu, terdapat beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui sebelum memulakan proses penghasilan website. |